"Memang saya sebut pada malam saya berhubung secara langsung dengan Dr Sheikh Muszaphar dan saya sudah pun katakan kita berminat menghantar lagi seorang angkasawan kita, Mejar Dr Faiz Khaleed untuk terbabit dalam misi kedua.
"Apa yang hendak kita lakukan pada masa itu bergantunglah kepada apa yang dapat kita rancang bersama. Kita sangat mengharapkan kepada saintis kita, mungkin dengan gabungan dan kerjasama saintis lain, katanya pada sidang media selepas menerima kunjungan dua angkasawan negara itu di pejabatnya di sini, semalam.
"Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada beliau kerana menjadikan bangsa kita lebih megah. Kita dapat maju setapak lagi dalam usaha menjadikan industri angkasa lepas sebagai bidang yang akan memberi lebih banyak kebaikan kepada negara pada masa depan," katanya.
Pada majlis itu, Dr Sheikh Muszaphar menyerahkan pelbagai barang dibawa ke stesen angkasa, iaitu Jata Negara, Logo 50 Tahun Kemerdekaan Negara, Rukun Negara, lencana Jalur Gemilang, Jalur Gemilang serta sampul surat yang tertera gambar beliau dengan dua lagi angkasawan iaitu Komander Peggy Whitson dari Amerika Syarikat (AS) dan jurutera penerbangan, Yuri Malenchenko dari Russia. Dr Sheikh Muszaphar juga menyerahkan senaskah al-Quran dibacanya di ISS dan jaket kulit yang digunakan sepanjang latihan selama setahun.
No comments:
Post a Comment