Monday, July 25, 2011

Tahniah Dato' Sheikh Muzaphar Shukor.

Bismillah...

Hari ni nak update berita terbaru pasal Angkasawan Negara kita Dato' Sheikh Muzaphar Shukor.
Tahniah buat beliau....sebab dah bergelar papa..heee...wife beliau Dr. Harlina sudah pun selamat melahirkan seorang baby girl yang tersangatlah comel...Sophea Isabella, pada 21hb Julai 2011 lalu dengan berat normal 3.6 kg. weeeee congrate!!!
Ini pic yang diambil dari laman rasmi Facebook Dato' Sheikh Muzaphar Shukor

alolololo comey sangat!!! rambut dia lebat...hitammm....

heeee...kenyit mata lak..mama potong kuku ek sophea....

Tahniah lagi sekali...

Sunday, October 10, 2010

Angkasawan Negara Berkahwin

Update terkini tentang Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor boleh klik kat sini my 2nd blog.Selamat Pengantin baru kepada beliau dan isteri....

Da dekat 3 tahun kot xupdate blog ni....skang bila DDSMS da berumah tangga baru terasa nak update balik...huhuhu.Da lame tinggalkan blog ni. Mybe sebab da tak banyak cerita tentang DDSMS ni selepas dia ke Angkasa lepas. kan.

Mereka da bertunang pada 1 Jan 2010 yang lepas...dan hari ni ahad 10.10.2010 merupakan tarikh keramat bagi pasangan ini.Telah pon selamat diijab kabulkan.Dr. Halina Mohd Yunos menjadi pilihan hati DDSMS...

Sunday, December 02, 2007

KELUARGA RESTU..

Oleh SARAH ZULKIFLIsarah@hmetro.com.my


KUALA LUMPUR: “Dia calon terbaik untuk anak saya kerana dia bukan saja cantik tetapi tinggi budi pekerti,” kata Datuk Sheikh Mustapha Sheikh Shukor, bapa kepada angkasawan pertama negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor mengenai bakal menantunya, Dr Halina Mohd Yunos.Menurutnya, beliau sekeluarga merestui perhubungan anaknya dan Dr Halina yang juga seorang doktor aestetik di Pusat Kecergasan Wanita PrimaNora di Taman Tun Dr Ismail, di sini, malah mengakui mengenalinya sejak keduanya berkenalan lima tahun lalu.“Kami sudah menganggap Dr Halina sebagai salah seorang ahli keluarga sejak mereka berkenalan. Namun, perhubungan itu sedikit renggang selepas anak saya mahu menumpukan sepenuh perhatian terhadap misi negara,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.Sheikh Mustapha berkata, Dr Halina juga sering membantunya dan isteri, Datin Zuraida Sheikh Ahmad untuk pemeriksaan kesihatan ketika dia bertugas di Hospital Selayang, dekat sini, membuatkan mereka yakin dan senang dengan pilihan anaknya.
Menceritakan semula bagaimana timbul keinginan anaknya itu untuk berkahwin, beliau berkata, ia timbul selepas misi anaknya itu ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) berjaya dilaksanakan sebelum dia pulang ke tanah air untuk pengebumian adiknya, Allahyarham Sheikh Mustaffa Shukor Al Masrie, 32.
“Mus beritahu hatinya terlalu kosong, terutama selepas adiknya meninggal dunia pada 27 Oktober lalu,” katanya.Menurutnya, dia memberitahu untuk berkahwin dan hanya teringatkan nama Dr Halina yang mampu mengisi kekosongan hatinya itu.“Beliau juga berbisik kepada ibunya untuk mencari semula Dr Halina bertujuan memberitahu sesuatu perkara yang sangat penting,” katanya.Sheikh Mustapha juga menasihatkan Dr Halina supaya kuat semangat dan menyedari status anaknya yang kini ikon negara dengan memahami tanggungjawabnya yang memerlukannya berjumpa orang ramai.“Dalam hal ini, Dr Halina perlu bertolak ansur dengan anak saya agar membataskan perasaan cemburunya, maklumlah dia (Sheikh Muszaphar) perlu jumpa ramai orang,” katanya.Katanya, sebelum ini isterinya cuba mencarikan pasangan angkasawan pertama negara itu, namun dia menolak kerana hatinya lebih berkenan dengan seseorang yang 'simple' dan mengikut budaya Timur, iaitu lebih tepat menepati ciri-ciri yang ada pada Dr Halina.Ditanya tarikh yang bakal dipilih untuk menjadi detik bersejarah pada anaknya itu, beliau berkata, beberapa tarikh penting berkaitan anaknya termasuk detik bersejarah ke ISS pada 10 Oktober lalu akan dipertimbangkan.“Saya pasti tarikh penting pernah terjadi dalam hidup anak saya termasuk hari lahirnya atau hari dia naik ke ISS akan dipilih, selain pertunangan sudah ditetapkan akan dibuat tahun depan,” katanya.Bulan lalu, Dr Sheikh Muszaphar yang juga doktor bedah ortopedik Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) menyuarakan keinginannya untuk menamatkan zaman bujangnya antara 2008 atau 2009 ketika diraikan dalam satu majlis anjuran Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) di Dewan Rakyat.Keadaan itu menyebabkan pelbagai spekulasi mengenai siapa gadis yang berjaya menawan hati ikon terbaru negara itu tersebar dan ia akhirnya terjawab apabila beliau membawa Dr Halina ke Majlis Malam Media anjuran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kelmarin.

Saturday, November 24, 2007

‘Kami dah kenal lima tahun lalu’


Harian Metro...24 Nov 2007 Sabtu


KUALA LUMPUR: “Persahabatan kami terjalin lima tahun lalu, namun ketika itu hanya sebagai kawan biasa. Tanpa disedari ia menjadi akrab dan bertukar mesra sejak dua tahun kebelakangan ini,” akui gadis manis yang berjaya bertakhta di hati Angkasawan Negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha, 35.Dr Halina Mohd Yunos, 27, berkata dia selesa berkawan dengan Dr Sheikh Muszaphar dan menganggap lelaki hebat itu sebagai seorang yang baik budi pekertinya dan bersifat merendah diri.Menurutnya, pertemuan pertama mereka berlaku ketika dia baru memulakan pengajian dalam jurusan perubatan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) manakala Dr Sheikh Muszaphar mengikuti pengajian perubatan lanjutan.Perkenalan awal katanya, hanya berkisar mengenai perbincangan pelajaran serta tugasan di makmal dan tidak lebih daripada itu, namun tanpa disedari, lama kelamaan ia membuahkan bibit cinta.
“Malah keluarga kedua-dua belah pihak juga mengetahui hubungan kami sejak awal ia terjalin,” katanya yang seolah-olah bersedia dengan soalan yang bakal diajukan wartawan.
Jika Dr Halina bukan gadis pilihan Dr Sheikh Muszaphar yang baru-baru ini mengumumkan akan menamatkan zaman bujangnya dalam tempoh terdekat, pasti dia tidak akan membawa wanita itu pada majlis yang dikhaskan untuk meraikan media.Pasangan itu memeranjatkan hadirin pada Majlis Malam Media anjuran UKM di Hotel Nikko, Jalan Ampang di sini, malam tadi.Mereka muncul dalam dewan kira-kira jam 10.45 malam dan terus menuju meja utama sebelum bersalaman dengan Naib Canselor UKM, Prof Datuk Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabuddin.Ketika itu, Dr Sheikh Muszaphar berpegangan tangan dengan Dr Halina dan kemudian naik ke pentas apabila jurufoto media meminta untuk merakamkan gambar mereka berdua.Pakaian sedondon hijau yang digayakan pasangan itu menggambarkan mereka mempunyai cita rasa sama dan sedia berkongsi hidup.Dr Halina, anak kelahiran Seremban, Negeri Sembilan, kini bertugas sebagai pegawai aestetik di Pusat Kecergasan Wanita PrimaNora di Taman Tun Dr Ismail di sini, berkata kali terakhir dia mengunjungi keluarga Dr Sheikh Muszaphar semalam (kelmarin) dan menyifatkan keluarga teman lelakinya berhemah tinggi.Nada suaranya yang sentiasa ceria memberi gambaran keluarga kedua-dua pihak merestui hubungan murni mereka.Ditanya sama ada mereka akan menamatkan zaman bujang dalam tempoh terdekat, Dr Halina dengan nada suara perlahan berkata, soalan itu perlu diajukan kepada Dr Sheikh Muszaphar sendiri.Sesuai dengan kerjaya yang disandang, penampilan ringkas Dr Halina dengan baju kurung dilengkapi rantai labuh dan sepasang subang gantung menyerlahkan lagi penampilannya.Dr Sheikh Muszaphar pula ketika diajukan pertanyaan mengenai hubungan istimewanya begitu berhati-hati menjawab dengan berkata, beliau akan membuat pengumuman rasmi mengenainya tidak lama lagi.Bagaimanapun, katanya buat masa kini, dia sibuk memberi tumpuan kepada tugasan terutama dalam menyiapkan hasil penyelidikan ketika di angkasa.Sekembali dari Amsterdam, Belanda, Selasa lalu, Dr Sheikh Muszhapar dilaporkan memberitahu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Jamaluddin Jarjis, beliau akan bertunang tahun depan.Sementara itu, Dr Jamaluddin mengesahkan angkasawan pertama negara itu akan mengikat tali pertunangan dengan seorang wanita tempatan, tahun depan. “Saya berjumpa Sheikh Muszaphar semalam (kelmarin), sekembalinya dari Amsterdam dan beliau mengesahkan perkara itu,” katanya pada sidang media mengenai Pameran dan Persidangan Inovasi Kebangsaan 2007 di sini, semalam.“Sheikh Muszaphar juga memaklumkan yang beliau sudah mengenali pilihan hatinya itu lebih lima tahun,” katanya yang enggan mengulas tarikh pertunangan itu.

Bakal isteri angkasawan negara?


Utusan Malaysia..24 November 2007 Sabtu

Adakah gadis (kiri) ini calon isteri angkasawan negara, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha?
Kehadiran gadis berbaju batik hijau muda mengiringi angkasawan negara itu ke majlis pelancaran Festival Antarabangsa Batik Malaysia di Esplanade KLCC malam ini, menarik perhatian para hadirin.
Malah, seorang petugas yang melihat kelibat gadis itu memakai pakaian sedondon dengan Sheikh Muszaphar yang mengenakan baju batik berwarna hijau tua, secara spontan berkata: ‘‘Tunang angkasawan negara.’’
Pada 5 November lalu, Sheikh Muszaphar, 35, mengumumkan hasrat berkahwin sebelum 2009.
Justeru, kehadiran beliau bersama gadis berkulit cerah dan berambut ikal melebihi paras bahu itu menimbulkan pelbagai persoalan.
Gadis itu sebenarnya ialah Dr. Halina Mohd. Yunos, 27, doktor perubatan dalam bidang kecantikan (estetik) di PrimaNora Women”s Wellness Centre.
Bagaimanapun, pada majlis tersebut, beliau dan Dr. Halina duduk berasingan di tempat yang disediakan oleh pihak penganjur.
Mereka juga kelihatan jarang berbual disebabkan Sheikh Muszaphar ‘agak sibuk’ melayan tetamu yang ingin bergambar dan mendengar secara langsung pengalaman beliau berada di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).
Utusan Malaysia yang dimaklumkan lebih awal akan kehadiran ‘teman istimewa’ angkasawan negara itu cuba mendapatkan reaksi dan kepastian daripada beliau.
‘‘Saya suka kehidupan peribadi saya tidak menjadi perhatian umum. Saya lebih berharap orang ramai dan pihak media lebih menumpukan kepada kejayaan penyelidikan yang dibuat dan lebih memberi inspirasi kepada program angkasawan,’’ katanya.
Selepas majlis batik itu, kedua-dua pasangan itu, malam ini turut bersama-sama menghadiri majlis mesra Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bersama media di sini.
Dr. Halina ketika ditemui berkata: ‘‘Dr. Muszaphar ialah seorang yang baik.’’
Katanya, mereka bersahabat baik ketika bersama-sama belajar di UKM.
‘‘Keluarga saya dan keluarga Dr. Muszaphar sudah mengenali antara satu sama lain.’’
Sementara itu, Dr. Muszaphar sekali lagi meminta pihak media jangan mensensasikan ‘‘soal peribadinya” itu.
Ditanya adakah Dr. Halina pilihan hatinya, beliau hanya tersenyum.

Dr.Syeikh terkejut

PULANG: Dr Sheikh Muszaphar melambai kepada petugas media ketika tiba di KLIA, semalam.

Sementara itu, Dr Sheikh Muszaphar Shukor terkejut dengan musibah yang menimpa Dr Faiz dan berhasrat menemui rakan seperjuangannya itu secepat mungkin. "Saya terkejut dengan apa yang berlaku. Saya akan cuba berjumpa dengannya hari ini," katanya sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang dari Amsterdam, Belanda awal pagi semalam. Sambil melahirkan simpati terhadap apa yang berlaku, Dr Sheikh Muszaphar Shukor berharap Dr Faiz banyak bersabar dan segera sembuh. Mengenai rancangannya, Dr Sheikh Muszaphar Shukor berkata, beliau sudah bersedia menjalankan misi menjelajah ke seluruh negara untuk menceritakan pengalamannya di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) terutama kepada penduduk di luar bandar dan pedalaman. Beliau yang turut menerima jemputan daripada negara luar yang ingin mengetahui pengalamannya di ISS, berkata beliau akan terlebih dulu berkongsi pengalaman dengan rakyat negara ini terutama kepada pelajar sekolah dan penuntut di institut pengajian tinggi.

Lawan Perompak

KUALA LUMPUR: Angkasawan Negara, Mejar Dr Faiz Khaleed, yang cedera tangan kirinya selepas ditetak dalam kejadian samun di depan rumahnya di Taman Mawar, Cheras awal pagi kelmarin, nekad melawan perompak terbabit demi keselamatan rakannya. Menceritakan kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, Dr Faiz, 27, berkata dua lelaki menghampiri kereta Perodua Kenari yang dinaikinya bersama seorang rakan sebaik mereka tiba di depan rumahnya. “Seorang daripada lelaki itu menolak saya sebaik saya keluar dari kereta, manakala seorang lagi menghampiri rakan saya dan meletakkan parang pada lehernya.
“Melihat keadaan kritikal itu, saya menendang lelaki yang menolak saya. Dia kemudian melibas parangnya menyebabkan saya berundur sambil menahan tangan untuk mempertahankan diri,” katanya ketika ditemui di Pusat Perubatan Gleneagles di Jalan Ampang di sini, semalam. Berikutan tetakan itu, tangan kirinya mengalami luka serius sehingga lapan tendon berhampiran pergelangan tangan itu putus dan terpaksa menerima lebih 100 jahitan untuk disambung semula. Dr Faiz berkata, beliau hanya memikirkan untuk mengalih perhatian kedua-dua lelaki itu supaya tidak mencederakan rakannya.
“Saya lebih rela mereka menyerang saya kerana saya berada dalam keadaan bersedia berbanding rakan. Sebaik saja lelaki itu mengalihkan parangnya daripada leher rakan, saya terus membuka pintu pagar rumah menggunakan alat kawalan jauh untuk menakutkan mereka. “Ia berjaya... mereka terus melarikan diri menaiki motosikal kerana menyangka keluarga saya menyedari kejadian itu,” katanya sambil menambah, beliau hanya menyedari kecederaannya agak serius ketika memandu ke Pusat Perubatan Gleneagles. Dr Faiz dijangka pulih sepenuhnya dalam masa satu bulan setengah dan perlu menjalani rawatan fisioterapi dari semasa ke semasa bagi menguatkan kembali tangannya. “Jangan bimbang kerana kecederaan ini akan pulih tidak lama lagi. Saya tidak sabar untuk kembali bertugas seperti biasa dan bersedia mengikuti latihan angkasawan yang dijangka bermula tahun depan,” katanya.

Sementara itu, polis mengambil keterangan Dr Faiz kira-kira jam 11 pagi semalam, bagi membantu siasatan kes itu termasuk mendapatkan gambaran wajah kedua-dua lelaki yang menyerangnya. Polis percaya kejadian itu bermotifkan ragut dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan. Difahamkan, polis belum mengenal pasti suspek tetapi tidak menolak kemungkinan mereka turut terbabit dalam beberapa kes yang sama di kawasan berhampiran sebelum ini.

Thursday, November 22, 2007

Angkasawan ke-2 cedera

Dr Faiz cedera ditetak dua lelaki


Oleh Amirullah Andi Nur dan Nahar Tajri
Berita Harian 22 Nov 2007 Khamis


KUALA LUMPUR: Angkasawan Negara, Mejar Dr Faiz Khaleed, 27, cedera tangan kiri selepas ditetak dua lelaki bersenjata tajam yang dipercayai cuba merompaknya di hadapan rumahnya di Cheras, di sini, malam kelmarin. Kejadian pada tengah malam itu berlaku sejurus selepas beliau turun dari kereta rakannya dan sedang melangkah masuk pintu pagar rumahnya apabila didatangi secara tiba-tiba dua lelaki dipercayai bersembunyi tidak jauh dari situ. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis yang mengesahkan kejadian itu, berkata Dr Faiz cedera ketika cuba mempertahankan diri daripada serangan seorang daripada lelaki terbabit.

Katanya, mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Gleneagles di Jalan Ampang, di sini oleh keluarganya. “Dr Faiz menerima rawatan lanjut di pusat perubatan itu bagi merawat kecederaannya. Sehingga malam ini (malam tadi), keadaannya dilaporkan stabil dan dia diminta berehat,” katanya ketika dihubungi. Berita Harian difahamkan, kedua-dua lelaki terbabit berhenti menyerang Dr Faiz selepas menyedari kejadian itu disedari keluarganya yang mendengar bunyi bising di luar rumah mereka. Kedua-dua lelaki itu melarikan diri tanpa mengambil sebarang barang berharga daripada mangsa.


Dr Faiz baru-baru ini diiktiraf sebagai Angkasawan Negara, bersama-sama dengan pakar bedah dari Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha. Dalam pada itu, usaha menghubungi Dr Faiz melalui telefon bimbitnya malam tadi bagi mendapat maklumat lanjut mengenai kejadian itu gagal. Sebaliknya, ibunya, Mazenah Mohamad, 53, yang menyambut panggilan itu selepas beberapa kali dihubungi Berita Harian memaklumkan anak lelakinya sedang berehat dan tidak mahu diganggu. “Tunggulah esok (hari ini), kita akan maklumkan perkembangan beliau,” katanya tanpa memberi ulasan lanjut.

Saturday, November 17, 2007

still di Moscow

Rasenyer Dr.Musz skang still berada di Moscow...untuk pengintirafan sebagai Angkasawan.Mejar Faiz pon turut kesana bersama ibu bapa memasing...
mybe 23 Nov ni mereka akan pulang ke Tanah Air...
so...buat masa ni lom ada lagilah ape2 berita terbaru dari Angkasawan kite tu...
Kenalah tunggu hingga mereka pulang dr Moscow...
pe citer ek?

jus wait n see......;)

Sunday, November 11, 2007

Mejar Faiz Khaleed


Tidak digalak kahwin

SHAH ALAM: Bakal angkasawan kedua negara, Mej Dr Faiz Khaleed, 27, tidak digalakkan berkahwin sehingga misi penghantaran angkasawan kedua ke angkasa lepas pada 2011 selesai.


Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Jamaludin Jarjis, berkata ia bagi memastikan bakal angkasawan kedua itu dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap setiap sesi latihan sebelum misi kedua dilaksanakan kelak."Saya takut bila beliau (Faiz) berkahwin, beliau akan teringatkan isteri dan anak sehingga boleh menjejaskan latihannya, terutama bila di angkasa lepas nanti


saranan itu bukan paksaan dan terpulang kepada Faiz untuk mempertimbangkannya sebelum mengambil keputusan mendirikan rumah tangga.


Angkasawan pertama negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha, 34, baru-baru ini mengumumkan beliau akan menamatkan zaman bujangnya pada 2009.
Harian Metro 11/11/2007


Adakah Anda orangya?hehehe

Dah 3 hari tak kerja. cuti Deepavali dan sambung lagi cuti 2 hari. Bercutiu plak ke rumah kak long dekat Johor....hari balik, tengah hari terus kene kerja...aduh. mata ngantok, badan penat..tapi tak pe la.dah tanggungjawabkan....

ok2 kali ni nak kongsi sikit pasal Angkaswan kita yang dah pon buat pengumuman akan menamatkan zaman bujangnya pada tahun 2008/2009.Tak berapa pasti sebab ada akhbar mengatakan 2008 ada pulak yang kata 2009. ape2 pon kita just wait and see,coz jodoh,ajal mautkan ditangan Tuhan. Kita juz boleh merancang....betol tak?

kalau nak tau, antara 4 ciri-ciri wanita yang menjadi pilihan jejaka hensem ni:

i) Beriman
ii) Jujur
iii) Menghormati orang tua
iv) TAK KUAT CEMBURU

Rasa-rasa siapalah agaknya wanita bertuah ni yer...bagi eda yang paling penting dan ditekankan oleh DR SMS ni ialah TAK KUAT CEMBURU.. almaklumlah..siapa yang dapat Dr Syeikh ni memang banyak dugaannya nanti......bukan sahaja diminati oleh rakyat Malaysia. malah dunia...
terutama golongan wanita antara 20-an hinggga 50-an..remaja sekolah pon ada.......heheh termasuk lah eda.
tapi juz minat not more than that ok...Tak salah kalu kita jadikan seseorang itu sebagai Idola untuk membakar semangat kan...

Dr.Syeikh Muszaphar Syukor bukan sahaja Angkasawan Negara, malah seorang Doktor Pakar Ortopedik serta Model sambilan......tengok rupa.bakat,ketinggian,pelajaran,pekerjaan.memang yang diidam-idamkan ramai wanita...... ;-)

Pada 'teman istimewa' Dr. Syeikh tu, diucapkan tahniah..........

Wednesday, November 07, 2007

Sheikh Muszaphar mahu kahwin 2008

IKON NEGARA: Sheikh Muszaphar dan Dr Faiz (kiri)
melambaikan kepada perwakilan sebelum
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
menyampaikan amanat presiden di PWTC.

ANGKASAWAN negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha, semalam mendedahkan bahawa hatinya kini sudah dimiliki seseorang dan beliau berhasrat mengakhiri zaman bujangnya tahun depan.

Dr Sheikh Muszaphar ketika membuat pengumuman itu berkata, dia sudah memiliki seseorang, tetapi enggan mendedahkan lebih lanjut mengenai bakal isterinya itu kerana belum sampai masanya untuk berbuat demikian. "Umur saya sudah masuk 35 tahun dan saya pun sudah bersedia untuk berkahwin dan memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen di sini, semalam.


"Saya memang sudah memiliki seseorang dan sudah keluar dengannya, tetapi belum sampai masa untuk saya mendedahkan lebih lanjut mengenainya"

. Ditanya jika teman wanitanya itu adalah gadis di dalam gambar bersamanya yang kini tersebar luas di internet, beliau berkata: "gambar yang tersebar di internet itu bukanlah orang yang dimaksudkan (teman wanitanya). "Itu adalah gambar yang diambil sebagai kenangan ketika saya dan rakan keluar beramai-ramai,"

"Saya lebih suka menyimpan hal peribadi dan berjanji berkongsi dengan seluruh rakyat Malaysia apabila tiba masanya nanti. Sekarang, banyak perkara mahu difikirkan khususnya memupuk minat generasi muda terhadap bidang sains angkasa,"

**Semoga Dr. Syeikh dan buah hatinya akan berbahagia......InsyaAllah.......sama-sama lah kiter berdoa yer....
**Sape lah agaknya wanita bertuah tu yer...juz wait n see...heheh


http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Nasional/20071106003316/Article/

MoU aeroangkasa tahun depan


KEJAYAAN NEGARA: Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin

menerima cenderahati daripada

Dr Sheikh Muszaphar Shukor (kiri) dan

Dr Faiz pada majlis menghadap di Istana Terengganu

di Kuala Lumpur, semalam.


TURUT BERMINAT: Anakanda Yang di-Pertuan Agong,

Tengku Fatmatul Zaharah, 6

bergambar dengan Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan Dr Faiz, semalam.

Butiran lengkap program akan dibentang kepada Kabinet untuk kelulusan: Jamaluddin

KUALA LUMPUR: Butiran lengkap memorandum persefahaman (MoU) program pembangunan industri aeroangkasa bagi jangka panjang dengan Russia, dijangka dibentangkan kepada Kabinet untuk kelulusan awal tahun depan. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis, berkata proses perbincangan dengan negara terbabit menerusi Agensi Angkasa Russia (Roscosmos) dimulakan sebaik mendapat tawaran itu, baru-baru ini. Katanya, kajian terperinci perlu dilakukan sebelum butiran MoU itu dimuktamadkan dan ditandatangani, sekali gus diperakukan Kabinet bagi memastikan ia memberi faedah kepada rakyat dan negara ini.
"Antara perkara penting yang dijangka dimasukkan dalam MoU itu adalah pengesahan kerajaan menerima tawaran Russia untuk menghantar seorang lagi angkasawan negara pada 2010 atau 2011," katanya. Beliau berkata demikian selepas bersama dua angkasawan negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha dan Mejar Dr Faiz Khaleed mengadakan kunjungan hormat ke atas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di pejabatnya, di sini, semalam.

Selain penghantaran angkasawan kedua, MoU dengan Russia itu dijangka membabitkan cadangan kerjasama menempatkan satelit komunikasi negara di angkasa, di samping membantu RazakSat, satelit remote sensing Malaysia. Selain itu, Russia menjemput Malaysia mengambil bahagian dalam Sistem Satelit Navigasi Orbit Global Russia (Glonass) iaitu sistem yang menggunakan isyarat radio bagi mengesan manusia dan kenderaan di atas permukaan bumi. Glonass dikendalikan Russian Space Forces. Sistem sama di Amerika Syarikat ialah Sistem Pengesanan Global (GPS). Jamaluddin juga mengesahkan Dr Muszaphar dan Dr Faiz akan berlepas ke Moscow pada malam Isnin atau pagi Selasa ini, untuk menghadiri upacara penerimaan anugerah pengiktirafan sebagai angkasawan daripada Roscosmos.


http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/Nasional/20071103001140/Article/

Tuesday, November 06, 2007

About The ISS

About The ISS

Weight
404,069 lbs

Habitable Volume
15,000 cubic ft

Width Across Solar Arrays
240 ft

Length
146 ft from Destiny Lab to Zvezda; 171 ft with a Progress Docked

Height
90 ft

For those who want to know when the time ISS pass through Malaysian space, please click: http://spaceflight.nasa.gov/realdata/tracking/index.html

PM minta saintis mula cari pengisian misi kedua

INGIN MENCUBA: Abdullah mencuba jaket milik Sheikh Muszaphar sambil dibantu Faiz (kiri) dan Jamaluddin (kanan) yang mengunjunginya di Pejabat Perdana Menteri, di Putrajaya, semalam.

"Memang saya sebut pada malam saya berhubung secara langsung dengan Dr Sheikh Muszaphar dan saya sudah pun katakan kita berminat menghantar lagi seorang angkasawan kita, Mejar Dr Faiz Khaleed untuk terbabit dalam misi kedua.
"Apa yang hendak kita lakukan pada masa itu bergantunglah kepada apa yang dapat kita rancang bersama. Kita sangat mengharapkan kepada saintis kita, mungkin dengan gabungan dan kerjasama saintis lain,” katanya pada sidang media selepas menerima kunjungan dua angkasawan negara itu di pejabatnya di sini, semalam.

"Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada beliau kerana menjadikan bangsa kita lebih megah. Kita dapat maju setapak lagi dalam usaha menjadikan industri angkasa lepas sebagai bidang yang akan memberi lebih banyak kebaikan kepada negara pada masa depan," katanya.

Pada majlis itu, Dr Sheikh Muszaphar menyerahkan pelbagai barang dibawa ke stesen angkasa, iaitu Jata Negara, Logo 50 Tahun Kemerdekaan Negara, Rukun Negara, lencana Jalur Gemilang, Jalur Gemilang serta sampul surat yang tertera gambar beliau dengan dua lagi angkasawan iaitu Komander Peggy Whitson dari Amerika Syarikat (AS) dan jurutera penerbangan, Yuri Malenchenko dari Russia. Dr Sheikh Muszaphar juga menyerahkan senaskah al-Quran dibacanya di ISS dan jaket kulit yang digunakan sepanjang latihan selama setahun.


Monday, November 05, 2007

i'm from Malaysia

He Makes DreaM C0Me TRuE

Ciri-ciri













Dr.Syeikh Muszaphar Syukor



Selepas bergaul dengan kosmonot lain di Star City, saya menyimpulkan bahawa sesorang angkasawan harus ada ciri-ciri berikut:

1. Berani dan pada masa yang sama periang
2. Bersungguh-sungguh, sangat fokus dan berkemahiran dalam segala bidang
3. Boleh bekerja dalam pasukan dan mematuhi arahan
4. Boleh berfikir secara waras dan logik
5. Kekuatan mental untuk mengatasi sebarang cabaran
6. Berpelajaran khususnya dalam bidang sains atau
kejuruteraan
7. Kesihatan yang sempurna

Proses Pemilihan


Penapisan 1
Larian 3.5 km dalam 20 minit27 Ogos & 3 September 2005435 mengambil bahagian, 199 layak

Penapisan 2
Pemeriksaan Perubatan Asas berdasarkan Syarat Program NASA (termasuk pemeriksaan mata dan ujian air kencing)27 Ogos & 3 September 2005 194 diuji, 59 lulus

Penapisan 3
Aeromedical 1 (termasuk ujian darah, hidung dan telinga, sinar-X, ujian jantung (ECG))25 & 30 September 2005 59 diuji, 27 lulus

Penapisan 4
Aeromedical 2 (termasuk tulang, rongga udara dan ujian centrifuge)16 & 21 Januari 200627 diuji, 18 lulus

Penapisan 5
Penilaian keseluruhan berdasarkan prestasi dalam Penapisan 1 & 4 dan keupayaan psikiatri, psikologi, teknikal, ujian ikhtiar hidup laut dan darat. 16 - 24 Januari 200610 diuji, 8 layak

Penapisan 6
Pemeriksaan Perubatan (termasuk Imbasan CT, endoskopi dan analisis darah)25 & 26 Januari 200610 diuji, 8 layak

Penapisan 7
Penilaian keseluruhan berdasarkan prestasi dalam semua acara merangkumi aspek kemahiran perhubungan, keperibadian, ketegasan dan kegigihan. Februari 2006, 8 diuji, 4 akan dihantar ke Moscow untuk pemeriksaan perubatan lanjut.

Penapisan 8
Pemeriksaan perubatan di Russia termasuk neurologi (otak) dan penyesuaian tubuh dalam persekitaran mikrograviti.Mac 2006, 4 diuji, 2 dipilih untuk menjalani latihan.

Penapisan 9
Latihan di Pusat Latihan Kosmonot Gagarin , Russia . September 2006-Oktober 2007 Seorang akan dipilih untuk terbang ke Stesen Angkasa Antarabangsa. Seorang lagi akan bertindak sebagai bantuan.

Acara 10
Oktober 2007 Pelancaran!

Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS)



ISS December 1998 – Zarya (bermaksud “terbit matahari”) tercantum dengan Nod 1 Unity, yang dilancarkan sebulan selepas Zarya.






Mir, yang servisnya ditamatkan dan dinyahorbitkan pada 23 Mac, 2001.






Rupa ISS sekarang (Disember 2006)



Rupa ISS apabila siap sepenuhnya kelak


Dipetik Dari :http://www.angkasawan.com.my/mainatsb/atsb2/humansspace_iss.html



















Antara Yang Pertama Di Angkasa

Perjalanan angkasa pertama

Nama + Butiran :Alexei Leonov, kosmonot Soviet, menjadi manusia pertama melangkah keluar dari kapal angkasa di angkasa lepas. Beliau menghabiskan 12 minit terapung-apung di luar kapal angkasa Voskhod 2.

Negara :USSR
Tahun : 18/3/1965



Manusia termuda di angkasa

Nama : Gherman Titov,
Umur : 25 tahun,
Hari :329 hari, di atas Vostok 2.
Negara: USSR
Tahun :6/8/1961



Manusia paling lama tinggal di angkasa


Nama + Butiran : Valeri Polyakov tinggal di Mir selama 437.7 hari. Dalam tempoh itu, beliau mengorbit Bumi sebanyak 7,075 kali dan bergerak sejauh 300,765,000 km, (186,887,000 batu).
Negara :USSR
Tahun :8/1/1994 – 22/3/1995




**dipetik dari :
http://www.angkasawan.com.my/mainatsb/atsb2/first.html

Yang Tertua




Manusia tertua di angkasa

Nama : John Glenn
Umur : pada umur 77, Oktober 29, 1992.
Negara : USA
Tahun : 29/10/1992

Wanita Pertama




Wanita pertama di angkasa lepas:

Nama : Valentina Tereshkova,
dengan kapal angkasa Vostok 6.

Negara: USSR

Tahun :16/6/1963

Takziah dan Al-Fatihah

Dr.Dyeikh Muszahar ketika selamat sampai di KLIA
Di pusara adiknya Syeikh Mustafa Syukor
Dari kiri, Dato Sheikh Mustapha , Dr. Sheikh Muszaphar (riba) Sheikh Aiman Shukor Al Masrie, Datin Zuraida Sheikh Ahmad (ibu) dan isteri Allahyarham, Haryati Mohd Rezza serta adek beradek berdoa atas pusara Sheikh Mustafa Shukor.

Al-Fatihah buat keluarga Dr. Syeikh Muszaphar atas kematian adik beliau Syeikh Mustafa Syukor
semoga rohnya dicucuri rahmat...Amin...


**gambar : berita harian**

Sunday, November 04, 2007

Terima Penghormatan

TERIMA PENGHORMATAN:
Dr Sheikh Muszaphar dipakaikan pakaian wira Kazakh, setelah selamat sampai ke bumi selepas 11 hari berada di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS), kira-kira jam 2.37 petang waktu tempatan (6.37 petang waktu Malaysia) di Arkylk, Kazakhstan.