Wednesday, November 07, 2007

Sheikh Muszaphar mahu kahwin 2008

IKON NEGARA: Sheikh Muszaphar dan Dr Faiz (kiri)
melambaikan kepada perwakilan sebelum
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
menyampaikan amanat presiden di PWTC.

ANGKASAWAN negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha, semalam mendedahkan bahawa hatinya kini sudah dimiliki seseorang dan beliau berhasrat mengakhiri zaman bujangnya tahun depan.

Dr Sheikh Muszaphar ketika membuat pengumuman itu berkata, dia sudah memiliki seseorang, tetapi enggan mendedahkan lebih lanjut mengenai bakal isterinya itu kerana belum sampai masanya untuk berbuat demikian. "Umur saya sudah masuk 35 tahun dan saya pun sudah bersedia untuk berkahwin dan memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen di sini, semalam.


"Saya memang sudah memiliki seseorang dan sudah keluar dengannya, tetapi belum sampai masa untuk saya mendedahkan lebih lanjut mengenainya"

. Ditanya jika teman wanitanya itu adalah gadis di dalam gambar bersamanya yang kini tersebar luas di internet, beliau berkata: "gambar yang tersebar di internet itu bukanlah orang yang dimaksudkan (teman wanitanya). "Itu adalah gambar yang diambil sebagai kenangan ketika saya dan rakan keluar beramai-ramai,"

"Saya lebih suka menyimpan hal peribadi dan berjanji berkongsi dengan seluruh rakyat Malaysia apabila tiba masanya nanti. Sekarang, banyak perkara mahu difikirkan khususnya memupuk minat generasi muda terhadap bidang sains angkasa,"

**Semoga Dr. Syeikh dan buah hatinya akan berbahagia......InsyaAllah.......sama-sama lah kiter berdoa yer....
**Sape lah agaknya wanita bertuah tu yer...juz wait n see...heheh


http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Nasional/20071106003316/Article/

MoU aeroangkasa tahun depan


KEJAYAAN NEGARA: Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin

menerima cenderahati daripada

Dr Sheikh Muszaphar Shukor (kiri) dan

Dr Faiz pada majlis menghadap di Istana Terengganu

di Kuala Lumpur, semalam.


TURUT BERMINAT: Anakanda Yang di-Pertuan Agong,

Tengku Fatmatul Zaharah, 6

bergambar dengan Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan Dr Faiz, semalam.

Butiran lengkap program akan dibentang kepada Kabinet untuk kelulusan: Jamaluddin

KUALA LUMPUR: Butiran lengkap memorandum persefahaman (MoU) program pembangunan industri aeroangkasa bagi jangka panjang dengan Russia, dijangka dibentangkan kepada Kabinet untuk kelulusan awal tahun depan. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis, berkata proses perbincangan dengan negara terbabit menerusi Agensi Angkasa Russia (Roscosmos) dimulakan sebaik mendapat tawaran itu, baru-baru ini. Katanya, kajian terperinci perlu dilakukan sebelum butiran MoU itu dimuktamadkan dan ditandatangani, sekali gus diperakukan Kabinet bagi memastikan ia memberi faedah kepada rakyat dan negara ini.
"Antara perkara penting yang dijangka dimasukkan dalam MoU itu adalah pengesahan kerajaan menerima tawaran Russia untuk menghantar seorang lagi angkasawan negara pada 2010 atau 2011," katanya. Beliau berkata demikian selepas bersama dua angkasawan negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha dan Mejar Dr Faiz Khaleed mengadakan kunjungan hormat ke atas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di pejabatnya, di sini, semalam.

Selain penghantaran angkasawan kedua, MoU dengan Russia itu dijangka membabitkan cadangan kerjasama menempatkan satelit komunikasi negara di angkasa, di samping membantu RazakSat, satelit remote sensing Malaysia. Selain itu, Russia menjemput Malaysia mengambil bahagian dalam Sistem Satelit Navigasi Orbit Global Russia (Glonass) iaitu sistem yang menggunakan isyarat radio bagi mengesan manusia dan kenderaan di atas permukaan bumi. Glonass dikendalikan Russian Space Forces. Sistem sama di Amerika Syarikat ialah Sistem Pengesanan Global (GPS). Jamaluddin juga mengesahkan Dr Muszaphar dan Dr Faiz akan berlepas ke Moscow pada malam Isnin atau pagi Selasa ini, untuk menghadiri upacara penerimaan anugerah pengiktirafan sebagai angkasawan daripada Roscosmos.


http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/Nasional/20071103001140/Article/

Tuesday, November 06, 2007

About The ISS

About The ISS

Weight
404,069 lbs

Habitable Volume
15,000 cubic ft

Width Across Solar Arrays
240 ft

Length
146 ft from Destiny Lab to Zvezda; 171 ft with a Progress Docked

Height
90 ft

For those who want to know when the time ISS pass through Malaysian space, please click: http://spaceflight.nasa.gov/realdata/tracking/index.html

PM minta saintis mula cari pengisian misi kedua

INGIN MENCUBA: Abdullah mencuba jaket milik Sheikh Muszaphar sambil dibantu Faiz (kiri) dan Jamaluddin (kanan) yang mengunjunginya di Pejabat Perdana Menteri, di Putrajaya, semalam.

"Memang saya sebut pada malam saya berhubung secara langsung dengan Dr Sheikh Muszaphar dan saya sudah pun katakan kita berminat menghantar lagi seorang angkasawan kita, Mejar Dr Faiz Khaleed untuk terbabit dalam misi kedua.
"Apa yang hendak kita lakukan pada masa itu bergantunglah kepada apa yang dapat kita rancang bersama. Kita sangat mengharapkan kepada saintis kita, mungkin dengan gabungan dan kerjasama saintis lain,” katanya pada sidang media selepas menerima kunjungan dua angkasawan negara itu di pejabatnya di sini, semalam.

"Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada beliau kerana menjadikan bangsa kita lebih megah. Kita dapat maju setapak lagi dalam usaha menjadikan industri angkasa lepas sebagai bidang yang akan memberi lebih banyak kebaikan kepada negara pada masa depan," katanya.

Pada majlis itu, Dr Sheikh Muszaphar menyerahkan pelbagai barang dibawa ke stesen angkasa, iaitu Jata Negara, Logo 50 Tahun Kemerdekaan Negara, Rukun Negara, lencana Jalur Gemilang, Jalur Gemilang serta sampul surat yang tertera gambar beliau dengan dua lagi angkasawan iaitu Komander Peggy Whitson dari Amerika Syarikat (AS) dan jurutera penerbangan, Yuri Malenchenko dari Russia. Dr Sheikh Muszaphar juga menyerahkan senaskah al-Quran dibacanya di ISS dan jaket kulit yang digunakan sepanjang latihan selama setahun.


Monday, November 05, 2007

i'm from Malaysia

He Makes DreaM C0Me TRuE

Ciri-ciri













Dr.Syeikh Muszaphar Syukor



Selepas bergaul dengan kosmonot lain di Star City, saya menyimpulkan bahawa sesorang angkasawan harus ada ciri-ciri berikut:

1. Berani dan pada masa yang sama periang
2. Bersungguh-sungguh, sangat fokus dan berkemahiran dalam segala bidang
3. Boleh bekerja dalam pasukan dan mematuhi arahan
4. Boleh berfikir secara waras dan logik
5. Kekuatan mental untuk mengatasi sebarang cabaran
6. Berpelajaran khususnya dalam bidang sains atau
kejuruteraan
7. Kesihatan yang sempurna

Proses Pemilihan


Penapisan 1
Larian 3.5 km dalam 20 minit27 Ogos & 3 September 2005435 mengambil bahagian, 199 layak

Penapisan 2
Pemeriksaan Perubatan Asas berdasarkan Syarat Program NASA (termasuk pemeriksaan mata dan ujian air kencing)27 Ogos & 3 September 2005 194 diuji, 59 lulus

Penapisan 3
Aeromedical 1 (termasuk ujian darah, hidung dan telinga, sinar-X, ujian jantung (ECG))25 & 30 September 2005 59 diuji, 27 lulus

Penapisan 4
Aeromedical 2 (termasuk tulang, rongga udara dan ujian centrifuge)16 & 21 Januari 200627 diuji, 18 lulus

Penapisan 5
Penilaian keseluruhan berdasarkan prestasi dalam Penapisan 1 & 4 dan keupayaan psikiatri, psikologi, teknikal, ujian ikhtiar hidup laut dan darat. 16 - 24 Januari 200610 diuji, 8 layak

Penapisan 6
Pemeriksaan Perubatan (termasuk Imbasan CT, endoskopi dan analisis darah)25 & 26 Januari 200610 diuji, 8 layak

Penapisan 7
Penilaian keseluruhan berdasarkan prestasi dalam semua acara merangkumi aspek kemahiran perhubungan, keperibadian, ketegasan dan kegigihan. Februari 2006, 8 diuji, 4 akan dihantar ke Moscow untuk pemeriksaan perubatan lanjut.

Penapisan 8
Pemeriksaan perubatan di Russia termasuk neurologi (otak) dan penyesuaian tubuh dalam persekitaran mikrograviti.Mac 2006, 4 diuji, 2 dipilih untuk menjalani latihan.

Penapisan 9
Latihan di Pusat Latihan Kosmonot Gagarin , Russia . September 2006-Oktober 2007 Seorang akan dipilih untuk terbang ke Stesen Angkasa Antarabangsa. Seorang lagi akan bertindak sebagai bantuan.

Acara 10
Oktober 2007 Pelancaran!

Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS)



ISS December 1998 – Zarya (bermaksud “terbit matahari”) tercantum dengan Nod 1 Unity, yang dilancarkan sebulan selepas Zarya.






Mir, yang servisnya ditamatkan dan dinyahorbitkan pada 23 Mac, 2001.






Rupa ISS sekarang (Disember 2006)



Rupa ISS apabila siap sepenuhnya kelak


Dipetik Dari :http://www.angkasawan.com.my/mainatsb/atsb2/humansspace_iss.html



















Antara Yang Pertama Di Angkasa

Perjalanan angkasa pertama

Nama + Butiran :Alexei Leonov, kosmonot Soviet, menjadi manusia pertama melangkah keluar dari kapal angkasa di angkasa lepas. Beliau menghabiskan 12 minit terapung-apung di luar kapal angkasa Voskhod 2.

Negara :USSR
Tahun : 18/3/1965



Manusia termuda di angkasa

Nama : Gherman Titov,
Umur : 25 tahun,
Hari :329 hari, di atas Vostok 2.
Negara: USSR
Tahun :6/8/1961



Manusia paling lama tinggal di angkasa


Nama + Butiran : Valeri Polyakov tinggal di Mir selama 437.7 hari. Dalam tempoh itu, beliau mengorbit Bumi sebanyak 7,075 kali dan bergerak sejauh 300,765,000 km, (186,887,000 batu).
Negara :USSR
Tahun :8/1/1994 – 22/3/1995




**dipetik dari :
http://www.angkasawan.com.my/mainatsb/atsb2/first.html

Yang Tertua




Manusia tertua di angkasa

Nama : John Glenn
Umur : pada umur 77, Oktober 29, 1992.
Negara : USA
Tahun : 29/10/1992

Wanita Pertama




Wanita pertama di angkasa lepas:

Nama : Valentina Tereshkova,
dengan kapal angkasa Vostok 6.

Negara: USSR

Tahun :16/6/1963

Takziah dan Al-Fatihah

Dr.Dyeikh Muszahar ketika selamat sampai di KLIA
Di pusara adiknya Syeikh Mustafa Syukor
Dari kiri, Dato Sheikh Mustapha , Dr. Sheikh Muszaphar (riba) Sheikh Aiman Shukor Al Masrie, Datin Zuraida Sheikh Ahmad (ibu) dan isteri Allahyarham, Haryati Mohd Rezza serta adek beradek berdoa atas pusara Sheikh Mustafa Shukor.

Al-Fatihah buat keluarga Dr. Syeikh Muszaphar atas kematian adik beliau Syeikh Mustafa Syukor
semoga rohnya dicucuri rahmat...Amin...


**gambar : berita harian**

Sunday, November 04, 2007

Terima Penghormatan

TERIMA PENGHORMATAN:
Dr Sheikh Muszaphar dipakaikan pakaian wira Kazakh, setelah selamat sampai ke bumi selepas 11 hari berada di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS), kira-kira jam 2.37 petang waktu tempatan (6.37 petang waktu Malaysia) di Arkylk, Kazakhstan.

10 Oktober 2007


Impian jadi realiti apabila Soyuz 15-S bawa angkasawan pertama negara dilancar malam tadi


IMPIAN Malaysia untuk meneroka angkasa lepas yang dicetuskan sejak 2003, menjadi realiti apabila kapal angkasa Soyuz 15-S yang membawa angkasawan pertama negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha, selamat dilancarkan dari Baikonur Cosmodrome di sini, malam tadi. Pelancaran roket Soyuz TMA-11 yang membawa kapal angkasa itu ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) tepat jam 7.21 malam (9.21 malam waktu Malaysia), mencatat satu lagi kegemilangan dalam lipatan sejarah negara di peringkat antarabangsa.


Dr Sheikh Muszaphar, 35, juga mencatat sejarah sebagai angkasawan Islam pertama yang berpuasa dan menyambut Aidilfitri di angkasa lepas. Selain Dr Sheikh Muszaphar Shukor, misi kapal angkasa seberat 7,170 kilogram itu juga disertai Komander Peggy Whitson dari Amerika Syarikat dan jurutera penerbangan, Yuri Malenchenko dari Russia. Di Malaysia, seluruh rakyat menyaksikan detik bersejarah itu menerusi siaran langsung di semua saluran televisyen utama serta beberapa skrin yang ditempatkan di lokasi strategik di ibu negara dan beberapa bandar besar.


Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi turut menyaksikan kejayaan yang dicapai anak muda dari Seremban itu pada majlis khas di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) bersama Timbalannya, Datuk Seri Najib Razak, menteri Kabinet dan 280 pelajar. Hadir sama ialah bekas angkasawan Amerika Syarikat, Kapten Robert Gibson, yang turut menjelaskan kepada Perdana Menteri mengenai pelbagai aspek teknikal pelancaran kapal angkasa itu. Sebelum itu, majlis berbuka puasa, solat tarawih serta solat hajat diadakan bagi mendoakan keselamatan dan kejayaan misi berkenaan. Pelancaran bermula dengan pelepasan empat pelonjak utama roket yang dipadankan dengan bendera Malaysia dan 29 saat kemudian SoyuzTMA-11 membelah langit cerah Baikonur dan mempesonakan mereka yang menyaksikannya.


Sembilan minit selepas pelancaran, roket berkenaan mencapai ketinggian 200 kilometer dari bumi dan pegawai di pusat kawalan utama berhampiran Moscow berkata: “Kapal angkasa TMA-11 berada di orbit.” Kakitangan di pusat kawalan itu berjabat tangan, manakala visual Dr Sheikh Muszaphar dengan Jalur Gemilang di lengannya mula dipancarkan dari kapal angkasa yang bergerak pada kelajuan lapan kilometer sesaat. Ketiga-tiga angkasawan itu duduk dengan tenang sambil meneliti manual penerbangan. Visual dari kapsul kapal angkasa itu juga ditonton seluruh rakyat Malaysia dengan penuh bangga. Kapal angkasa itu akan berlegar di orbit selama dua hari sebelum bercantum dengan ISS pada ketinggian 360 kilometer. Tiga angkasawan itu akan berada di ISS selama 10 hari dengan Dr Sheikh Muszaphar mengadakan tiga uji kaji membabitkan tiga komponen penting iaitu sel di angkasa, mikrob di angkasa serta pengkristalan protein sebelum pulang ke bumi pada 21 Oktober ini. Pelepasan angkasawan negara itu di tapak pelancaran di sini disaksikan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Jamaluddin Jarjis dan ibu bapa Dr Sheikh Muszaphar Shukor, Datuk Sheikh Mustapha Sheikh Shukor dan Datin Zuraida Sheikh Ahmad. Terdahulu, persediaan akhir untuk pelancaran kapal angkasa itu bermula sejak tujuh jam lebih awal di Baikonur Cosmodrome dengan Dr Sheikh Muszaphar bersama Whitson dan Malenchenko dibawa dari Kosmonaut Hotel menaiki bas ke Tapak Pelancaran 1 pada jam 2 petang. Selepas melalui proses persediaan terakhir, empat jam sebelum pelancaran, Agensi Angkasa Lepas Russia (Roscosmos) mula memasang baju angkasa lepas 'Sukol' kepada angkasawan atau Kosmonaut dalam istilah Russia, diikuti upacara tabik hormat sebagai tanda penghargaan terhadap keberanian angkasawan menempuh cabaran dalam misi itu.


Program angkasawan negara bermula pada 2003 apabila Russia bersetuju menghantar seorang rakyat Malaysia ke ISS sebagai sebahagian perjanjian pembelian 18 jet pejuang Sukhoi 30-MKM bernilai RM3.42 bilion. Dr Sheikh Muszaphar Shukor dipilih untuk misi ini walaupun Roscosmos juga mengiktiraf seorang lagi angkasawan negara, Kapten Dr Faiz Khaleed, 26, yang menjadi angkasawan sokongan bagi misi ini.


Roskosmos juga bersetuju Dr Faiz dihantar menyertai misi angkasa bagi sesi 2008/2009 dan dibenarkan terus menjalani latihan di Pusat Latihan Angkawasan Yuri Gagarin, Star City, Russia. Pada 13 Oktober 2003, kerajaan secara rasmi membuka peluang kepada rakyat Malaysia menjadi calon angkasawan yang pertama. Seramai 11,267 orang memohon dan selepas menjalani pelbagai ujian, Dr Sheikh Muszaphar yang juga pakar ortopedik Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan Kapten Dr Faiz Shukor, doktor gigi dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM), dipilih menjalani latihan di Pusat Latihan Angkasawan Yuri Gagarin sejak September tahun lalu. Penerokaan manusia ke angkasa lepas bermula pada April 1961 apabila angkasawan pertama Yuri Gagarin membuat pusingan bersejarah mengelilingi bumi dengan masa 108 minit, menggunakan kapal angkasa Vostok 1 seberat lima tan.

Maklumat Lanjut

**Sila Layari laman web ini untuk maklumat lebih lanjut dan tepat mengenai Angkawasan Negara...

http://www.angkasawan.com.my

About Angkasawan ke-2


Personal Details
Name: Dr. Faiz Bin Khaleed
Date of birth: 15 September 1980
Place of birth: Kuala Lumpur
Sex: Male
Nationality: Malaysian
Career History
Dental Surgeon Royal Malaysian Armed Forces (2005-Present)
Education
SPM - St. John's Institution, Kuala Lumpur
Qualification
Bachelor of Dental Sugery University of Malaya

About Angkasawan



Personal Details
Name: Dr. Sheikh Muszaphar Shukor
Date of birth: 27 July 1972
Place of birth: Kuala Lumpur
Sex: Male
Nationality: Malaysian
Career History
Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (2005-Present)
Hospital Selayang (2000-2001)
Hospital Kuala Lumpur (1999)
Hospital Seremban (1998)
Education
SPM - MRSM MARA, Muar
Qualification
MBBS in KMC Manipal, India
Master in Orthopaedic Surgery in HUKM

Berlepas...ke ISS